-->
KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN DIRI

your future counsellor

.

.

SO REMEMBER ME AND I WIIL REMEMBER YOU [2:152]

Sunday, 2 October 2016

BAGAIMANA KAUNSELING MENJAMIN KESEJAHTERAAN DIRI ?





  • Kaunseling membantu ke arah kesejahteraan individu, melalui pendidikan, pencegahan, pemulihan dan perkembangan kendiri.
  • Kaunseling membimbing individu mencari sebab musabab daripada diri sendiri yang menyumbang kepada isu yang di hadapinya
  • Penerimaan dan perakuan sebab musabab tersebut adalah salah satu faktor untuk menghasilkan perubahan dalam diri
  • Melalui kaunseling, keserabutan yang dihadapi akan dapat dirungkaikan sedikit demi sedikit
  • Kaunselor membantu dengan memainkan peranan mereka untuk membimbing individu melalui penerokaan masalah dan tindakan ke arah penyelesaian
  • Melalui sesi kaunseling, keyakinan individu akan bertambah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.




Posted by syaqirinsobri at 03:14:00 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TANGGAPAN SALAH MENGENAI KAUNSELING

AKJAJ


  • Kaunseling adalah nasihat
  • Kaunseling hanya untuk orang yang bermasalah 
  • Kaunseling hanya untuk pelajar IPT sahaja
  • Kaunseling hanya untuk berbual bual sahaja
  • Kaunseling boleh menyelesaikan semua masalah tingkah laku
  • Kaunseling untuk orang kaya sahaja
  • Kaunseling hanya untuk pelajar sekolah sahaja
  • Kita di"psiko" apabila berjumpa kaunselor
  • Kaunseling hanya boleh dijalankan setelah individu tidak dapat menangani situasi sendiri



Posted by syaqirinsobri at 03:14:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MAKSUD KAUNSELING

KAUNSELING


Secara umumnya, kaunseling bukanlah satu proses memberi nasihat walaupun ia banyak memberi nasihat.Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuian peribadi klien yang menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling. Malah kaunselor tidak akan memberi jawapan  secara langsung kepada klien, namun klien akan membuat keputusan yang terbaik dengan bantuan daripada kaunselor.Namun, sering timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang mana mereka merasakan kaunselor yang perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.Sebenarnya, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala, bukan mereka yang menyelesaikan masalah tetapi mereka hanya memberi cabang penyelesaian kepada kekeliruan itu sendiri. Berbentuk dua hala bermaksud kaunselor akan cuba memahami dengan mendengar dan memberi layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami serta mengambil tindakan menguruskan masalah tadi.








Posted by syaqirinsobri at 02:39:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

SYAQIRIN SOBRI

My photo
syaqirinsobri
Hold on, Allah knows what He is doing
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2016 (9)
    • ▼  October (9)
      • ►  Oct 01 (1)
      • ▼  Oct 02 (3)
        • MAKSUD KAUNSELING
        • TANGGAPAN SALAH MENGENAI KAUNSELING
        • BAGAIMANA KAUNSELING MENJAMIN KESEJAHTERAAN DIRI ?
      • ►  Oct 18 (2)
      • ►  Oct 19 (1)
      • ►  Oct 25 (2)
Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein
"jimmy neutron : there can only be one "
Simple theme. Powered by Blogger.