Kesan negatif stres terhadap kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan tingkah laku.
Kesan emosi
adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi
yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan
agresif.
Kesan
fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut.
Kesan
tingkah laku adalah seperti enggan mematuhi arahan (melanggar peraturan
sekolah) dan perlakuan berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah, merokok,
lumba haram, mencuri dan mencederakan diri. Gejala stres berlaku apabila ia
tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak dan remaja. Kesannya juga berbeza dari
segi simptom dan tahap keseriusannya.
Kanak-kanak dan remaja akan menunjukkan
perubahan tingkah laku dan bertindak melakukan perkara-perkara yang di luar
batasan usia mereka. Kanak-kanak berumur 2-6 tahun, mereka akan menunjukkan
kemerosotan tingkah laku seperti menghisap ibu jari, menangis dan merengek
kerana merasa takut tanpa kehadiran ibu-bapa. Di peringkat awal, kanak-kanak
ini boleh menunjukkan tanda seperti:
*memencilkan
diri
*sikap tidak
mempercayai sesiapa
*tidak mahu
hadir ke sekolah atau tidak suka berkawan
*bersikap
menentang atau tidak mematuhi arahan
panas baran
Mempunyai
masalah untuk melahirkan perasaan Kanak-kanak berusia 6-12 tahun menunjukkan
tanda-tanda seperti:
*bimbang
tentang masa depan
*mengadu
sakit kepala
*mengalami
masalah tidur
*hilang
selera makan
*kurang
menumpukan perhatian pada kerja sekolah
*kencing
malam