-->
KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN DIRI

your future counsellor

.

.

SO REMEMBER ME AND I WIIL REMEMBER YOU [2:152]

Tuesday, 25 October 2016

TINGKAHLAKU BERISIKO YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN, KECERGASAN DAN KESEJAHTERAAN DIRI.

 STRESS




Kesan negatif stres terhadap kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan tingkah laku.
Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif.

Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut.

Kesan tingkah laku adalah seperti enggan mematuhi arahan (melanggar peraturan sekolah) dan perlakuan berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah, merokok, lumba haram, mencuri dan mencederakan diri. Gejala stres berlaku apabila ia tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak dan remaja. Kesannya juga berbeza dari segi simptom dan tahap keseriusannya. 

Kanak-kanak dan remaja akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan bertindak melakukan perkara-perkara yang di luar batasan usia mereka. Kanak-kanak berumur 2-6 tahun, mereka akan menunjukkan kemerosotan tingkah laku seperti menghisap ibu jari, menangis dan merengek kerana merasa takut tanpa kehadiran ibu-bapa. Di peringkat awal, kanak-kanak ini boleh menunjukkan tanda seperti:


*memencilkan diri

*sikap tidak mempercayai sesiapa

*tidak mahu hadir ke sekolah atau tidak suka berkawan

*bersikap menentang atau tidak mematuhi arahan

panas baran


Mempunyai masalah untuk melahirkan perasaan Kanak-kanak berusia 6-12 tahun menunjukkan tanda-tanda seperti:

*bimbang tentang masa depan

*mengadu sakit kepala

*mengalami masalah tidur

*hilang selera makan

*kurang menumpukan perhatian pada kerja sekolah

*kencing malam
Posted by syaqirinsobri at 23:14:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TUJUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tujuan utama sesi bimbingan dan kaunseling seringkali dijalankan adalah untuk :

                                               
1)Menggalakkan perubahan tingkah laku seseorang individu daripada yang kurang baik kepada yang lebih baik, atau ke arah yang lebih positif


2) Meningkatkan keupayaan individu untuk melaksanakan dan menghadapi perubahan untuk kebaikan diri sendiri, masyarakat dan negara ke arah yang lebih cemerlang.


3)Meningkatkan kemahiran individu untuk membuat keputusan supaya lebih berani menegak dan mempertahankan pendirian sendiri tanpa perlu dipengaruhi individu lain.


4)Untuk mengembangkan potensi yang ada pada setiap individu kerana manusia itu adalah unik kerana mereka mempunyai potensi yang sendiri dan potensi serta bakat itu boleh dibentuk.
Posted by syaqirinsobri at 06:33:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Wednesday, 19 October 2016

CIRI CIRI KAUNSELOR ANDA ?


Pertemuan anda dengan kaunseling akan diadakan di dalam bilik kaunseling yang selesa.





Kaunselor Anda Adalah Seorang Yang :

*sedia mendengar semua persoalan anda

*menerima anda tanpa syarat

*menerima dan merahsiakan apa yang anda perkatakan

*menghormati anda sebagai individu yang berpotensi

*sedia berjumpa anda bila bila masa dan dimana jua
Posted by syaqirinsobri at 01:01:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, 18 October 2016

BAGAIMANA KESEJAHTERAAN DIRI DAPAT DICAPAI ?

Kesejahteraan diri inidividu yang melalui proses bimbingan dan kaunseling dapat dicapai melalui tiga kaedah umum :

  • PENCEGAHAN  

          Pencegahan melalui kefahaman rantaian permasalahan dan cara mengatasi masalah yang dihadapi oleh individu.

  •   PEMULIHAN 
        Pemulihan melalui proses kaunseling yang disertai oleh individu. Berkemungkinan memakan masa kerana individu akan menjalani lebih daripada satu sesi.

  • PEMBANGUNAN KENDIRI 
        Meningkatkan potensi diri dan bakat individu melalui hubungan simbiosis iaitu antara individu dengan persekitaran termasuk juga hubungan sesama manusia.


Posted by syaqirinsobri at 11:43:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SIAPA KAUNSELOR?


KAUNSELOR

Kaunselor pula ialah individu yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman dalam bidang kauseling. 

Mereka juga berperanan untuk membantu klien dalam aspek pembangunan sahsiah, akademik, kerjaya dan kendiri melalui sesi kaunseling.

Kaunselor juga merupakan individu yang mendapatkan pendidikan formal dalam bidang kaunseling dan berkemahiran.

Perkara yang paling penting kepada seseorang kaunselor itu adalah mereka wajib berdaftar di bawah Akta Kaunselor mengikut etika kaunseling.

Mereka juga wajib menjalani praktikum dan intership yang telah ditetapkan oleh Lembaga Kaunselor.

Posted by syaqirinsobri at 09:38:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sunday, 2 October 2016

BAGAIMANA KAUNSELING MENJAMIN KESEJAHTERAAN DIRI ?





  • Kaunseling membantu ke arah kesejahteraan individu, melalui pendidikan, pencegahan, pemulihan dan perkembangan kendiri.
  • Kaunseling membimbing individu mencari sebab musabab daripada diri sendiri yang menyumbang kepada isu yang di hadapinya
  • Penerimaan dan perakuan sebab musabab tersebut adalah salah satu faktor untuk menghasilkan perubahan dalam diri
  • Melalui kaunseling, keserabutan yang dihadapi akan dapat dirungkaikan sedikit demi sedikit
  • Kaunselor membantu dengan memainkan peranan mereka untuk membimbing individu melalui penerokaan masalah dan tindakan ke arah penyelesaian
  • Melalui sesi kaunseling, keyakinan individu akan bertambah untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya.




Posted by syaqirinsobri at 03:14:00 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

TANGGAPAN SALAH MENGENAI KAUNSELING

AKJAJ


  • Kaunseling adalah nasihat
  • Kaunseling hanya untuk orang yang bermasalah 
  • Kaunseling hanya untuk pelajar IPT sahaja
  • Kaunseling hanya untuk berbual bual sahaja
  • Kaunseling boleh menyelesaikan semua masalah tingkah laku
  • Kaunseling untuk orang kaya sahaja
  • Kaunseling hanya untuk pelajar sekolah sahaja
  • Kita di"psiko" apabila berjumpa kaunselor
  • Kaunseling hanya boleh dijalankan setelah individu tidak dapat menangani situasi sendiri



Posted by syaqirinsobri at 03:14:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

MAKSUD KAUNSELING

KAUNSELING


Secara umumnya, kaunseling bukanlah satu proses memberi nasihat walaupun ia banyak memberi nasihat.Kaunseling merupakan satu proses perhubungan menolong yang sistematik berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuian peribadi klien yang menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling. Malah kaunselor tidak akan memberi jawapan  secara langsung kepada klien, namun klien akan membuat keputusan yang terbaik dengan bantuan daripada kaunselor.Namun, sering timbul kekeliruan dalam kalangan masyarakat yang mana mereka merasakan kaunselor yang perlu menyelesaikan masalah yang dihadapi mereka.Sebenarnya, hubungan kaunseling adalah berbentuk dua hala, bukan mereka yang menyelesaikan masalah tetapi mereka hanya memberi cabang penyelesaian kepada kekeliruan itu sendiri. Berbentuk dua hala bermaksud kaunselor akan cuba memahami dengan mendengar dan memberi layanan serta interaksi yang baik, manakala klien memperihalkan masalah mereka dan cuba memahami serta mengambil tindakan menguruskan masalah tadi.








Posted by syaqirinsobri at 02:39:00 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

SYAQIRIN SOBRI

My photo
syaqirinsobri
Hold on, Allah knows what He is doing
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2016 (9)
    • ▼  October (9)
      • ►  Oct 01 (1)
      • ►  Oct 02 (3)
      • ►  Oct 18 (2)
      • ►  Oct 19 (1)
      • ▼  Oct 25 (2)
        • TUJUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
        • TINGKAHLAKU BERISIKO YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN, ...
Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein
"jimmy neutron : there can only be one "
Simple theme. Powered by Blogger.