-->
KAUNSELING DAN KESEJAHTERAAN DIRI

your future counsellor

.

.

SO REMEMBER ME AND I WIIL REMEMBER YOU [2:152]

Tuesday, 25 October 2016

TINGKAHLAKU BERISIKO YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN, KECERGASAN DAN KESEJAHTERAAN DIRI.

 STRESS




Kesan negatif stres terhadap kanak-kanak dan remaja boleh dibahagikan kepada kesan emosi, fizikal dan tingkah laku.
Kesan emosi adalah seperti menangis, membuat perangai, mengundurkan diri daripada situasi yang tidak disenangi, risau, letih, tertekan, memencilkan diri, marah dan agresif.

Kesan fizikal adalah seperti sakit kepala atau sakit perut.

Kesan tingkah laku adalah seperti enggan mematuhi arahan (melanggar peraturan sekolah) dan perlakuan berisiko tinggi seperti penyalahgunaan dadah, merokok, lumba haram, mencuri dan mencederakan diri. Gejala stres berlaku apabila ia tidak dapat ditangani oleh kanak-kanak dan remaja. Kesannya juga berbeza dari segi simptom dan tahap keseriusannya. 

Kanak-kanak dan remaja akan menunjukkan perubahan tingkah laku dan bertindak melakukan perkara-perkara yang di luar batasan usia mereka. Kanak-kanak berumur 2-6 tahun, mereka akan menunjukkan kemerosotan tingkah laku seperti menghisap ibu jari, menangis dan merengek kerana merasa takut tanpa kehadiran ibu-bapa. Di peringkat awal, kanak-kanak ini boleh menunjukkan tanda seperti:


*memencilkan diri

*sikap tidak mempercayai sesiapa

*tidak mahu hadir ke sekolah atau tidak suka berkawan

*bersikap menentang atau tidak mematuhi arahan

panas baran


Mempunyai masalah untuk melahirkan perasaan Kanak-kanak berusia 6-12 tahun menunjukkan tanda-tanda seperti:

*bimbang tentang masa depan

*mengadu sakit kepala

*mengalami masalah tidur

*hilang selera makan

*kurang menumpukan perhatian pada kerja sekolah

*kencing malam
Posted by syaqirinsobri at 23:14:00
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

SYAQIRIN SOBRI

My photo
syaqirinsobri
Hold on, Allah knows what He is doing
View my complete profile

Blog Archive

  • ▼  2016 (9)
    • ▼  October (9)
      • ►  Oct 01 (1)
      • ►  Oct 02 (3)
      • ►  Oct 18 (2)
      • ►  Oct 19 (1)
      • ▼  Oct 25 (2)
        • TUJUAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING
        • TINGKAHLAKU BERISIKO YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN, ...
Hetalia: Axis Powers - Liechtenstein
"jimmy neutron : there can only be one "
Simple theme. Powered by Blogger.